Sunday, August 1, 2010

Tasik Prima Masih Penuh Dengan Toman

Lama rasanya tak memancing, justeru saya dan Aiman secara tidak sengaja bercadang memancing. Tambah pula malam sebelum itu saya telah menjual kekili Shimano Scorpion XT 1501 pada Aiman. Apa lagi, tak sabar-sabar Aiman untuk menguji reel barunya itu. Aiman mencadangkan pada saya 2 bekas lombong yang berpotensi iaitu di Putra Perdana dan di Tasik Prima. Dahulu... Tasik Prima begitu terkenal sebagai padang pancing mengilat (Casting) Ikan Toman dan Ikan Raja (Peacock Bass) di Lembah Klang tetapi sejak akhir-akhir ini akibat dari aktiviti penimbusan tanah dan pembangunan kawasan sekitar yang semakin rancak, padang pancing untuk 'caster' ini dikhabarkan telah menjadi semakin suram.... Justeru saya dan Aiman akan membuktikan adakah tanggapan itu benar atau tidak.... Saya seterusnya menghubungi seorang lagi ahli Team Pacat iaitu Madie. Tanpa banyak soal Madie pun bersetuju untuk turut serta.


Kami pergi ke sebuah lombong di Putra Perdana terlebih dahulu. Kata Aiman lombong ini juga sedang dalam proses untuk ditimbus bagi memberi laluan kepada pembangunan. Oleh yang demikian, keluasan lombong semakin lama semakin mengecil. Kata Aiman ini membuatkan toman-toman di dalam lombong tersebut berada dalam keadaan 'under pressure'. Maka dengan itu mudah lah untuk kita mendapat 'strike' nanti. Satu teori yang berjaya menaikkan semangat kami. Namun begitu, dari pukul 7.30pg hingga lah ke pukul 9.00pg seekor toman pun tak sudi menjamah gewang-gewang yang kami persembahkan.



Hampir 1jam setengah kami 'bersenam' tangan tetapi tak seekor pun toman memandang gewang kami, mengapa ye??. Memang sukar kita nak tentukan mengapa ikan tidak mahu makan tetapi pasti ada sebabnya. Saya membuat sedikit kajian dengan meninjau kawasan sekitar lombong. Dari hasil pemerhatian, saya dapati terdapat banyak ikan keli di dalam lombong tersebut. Ikan-ikan keli ini begitu banyak dan seronok bermain sehingga ada yang timbul mengambil nafas kira-kira 2kaki sahaja jarak dari tebing dan dengan jelas kelihatan ikan keli ini di beberapa kawasan cetek di tepi lombong. Tanpa ragu-ragu secara teorinya, saya membuat kesimpulan bahawa Ikan-Ikan Toman di dalam lombong ini telah mempunyai 'stok' sumber makanannya yang banyak iaitu Ikan Keli!. Walaupun teori ini mungkin secara kebetulan sahaja tetapi penemuan kepala ikan keli yang saya begitu yakin badannya telah dibaham toman menguatkan lagi teori ini. Memandangkan teori ini dipersetujui oleh Madie dan Aiman serta kedatangan kami tidak mendapat 'sambutan' maka kami pun beralih ke Tasik Prima.










Kami sampai di Tasik Prima kira-kira pukul 9.30pg. Sudah ada 6 bot sedang melakukan aktiviti 'casting' dan 'fly-fishing' dan ramai juga yang telah sampai sejak awal pagi lagi untuk casting. Target mereka di Tasik Prima ni apa lagi kalau bukan Ikan Toman atau Ikan Raja(Peacock Bass). Namun menurut Aiman Ikan Toman di Tasik Prima ini telah 'culas' dengan gewang warna striking, katanya lagi gunakan gewang-gewang yang berwarna 'natural'. Ikan Toman di Tasik Prima ni lain sikit perangainya maklum saja lah ikan bandar la katakan. Kata Aiman lagi, pemancing perlu memiliki kesabaran yang tinggi untuk memujuk Ikan Toman memakan gewang. Selain itu juga pemancing perlu kreatif dan rajin menggunakan pelbagai jenis gewang.









Ini dibuktikan oleh Aiman apabila beliau berjaya mendaratkan seekor Ikan Toman dengan menggunakan gewang Rapala. Aiman yang dari awal lagi tidak berhenti-henti casting berjaya mendapat satu 'strike' dari Ikan Toman menggunakan reel barunya itu. Haaa...ini la habuannya pada yang rajin casting macam Aiman. Setelah bergambar 2-3 snap Ikan Toman itu pun dilepaskan semula ke dalam lombong.... Buat apa nak bawak balik.... Lagi pun ikan toman bukanlah spesies yang enak untuk dimakan..... tetapi jangan buat tak tahu spesies ini memang 'enak' untuk lawan tarik.... Ini lah yang menjadi aspirasi kami di Team Pacat untuk mempromosikan 'Sport Fishing'.












Kami semua berhenti memancing pada pukul 10.30pg kerana sudah agak penat dan tak tahan panasssss.... Kesimpulannya Ikan Toman di kota ini terutama sekali di Tasik Prima ini masih lagi banyak.... tetapi perlu cara dan gayanya untuk mendapatkan 'tarikannya'. Tipsnaya di sini bagi yang baru nak memancing di Tasik Prima... gunakan gewang-gewang yang berwarna 'natural' dan rajin-rajin lah tukar gewang. Setakat ini dahulu coretan saya dan sehingga berjumpa lagi di padang pancing yang lain. Assalammualaikum.

7 comments:

  1. wahh..menarik ni...rumah aku dekat jer dgn tasik ni...nak join mancing/menuntut ilmu boleh? nizammusa@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    boleh teman join team nih,..teman dr perak...leh kite tukar2 port...

    ReplyDelete
  3. Klu sudi,, roger2 ler teman,
    019 5552365.ahyoi.
    kat perak bykport2 menarik...
    toman ngan pekok nih biase..

    ReplyDelete
  4. kwn bru dlm hoby mancing ni.. klu tuan2 x ksah utk ajak berkawan, next komplot, leh la rojer..halo2 la kwn.. 0176062873

    ReplyDelete
  5. kwn bru dlm hoby mancing ni.. klu tuan2 x ksah utk ajak berkawan, next komplot, leh la rojer..halo2 la kwn.. 0176062873

    ReplyDelete
  6. ikan ape je ada tsik prima ni info skit

    ReplyDelete