Monday, August 9, 2010

Altima Spoon naik harga lagi????


Saya dimaklumkan oleh seorang teman dalam dunia pancing bahawa 'spoon' yang cukup tersohor pada abad ini iaitu Altima Spoon akan mengalami kenaikan harga lagi antara RM2 ke RM3!. Ketika ini, harga Altima Spoon di pasaran berada pada paras sekitar RM28 ke RM31. Kemungkinan harga baru Altima Spoon di pasaran akan mencecah RM33 ke RM35!!!!. Pertambahan ini mungkin disebabkan kesukaran untuk mendapatkan stok selain permintaan yang tinggi di pasaran. Secara tidak langsung, keadaan ini telah meningkatkan harga Altima Spoon di pasaran.

Pada pandangan saya, bagi 'spoon' dengan harga RM30 pun sudah dikira sangat mahal. Tidak dinafikan keupayaan membeli terletak pada kekuatan kewangan masing-masing. Walau bagaimana pun, di sini pemancing selaku pengguna perlu bertindak bijak. Di pasaran, masih terdapat banyak lagi 'spoon' yang berpotensi pada harga yang sungguh berpatutan. Oleh itu, kita masih lagi ditawarkan dan mempunyai banyak pilihan terhadap sesudu di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak.....

No comments:

Post a Comment