Friday, July 23, 2010

Eksploasi Hulu Terenggan bersama EIGER MALAYSIA

Pada bulan Ogos ini, Team Pacat akan melakukan eksplorasi ke Hulu Terenggan. Eksplorasi akan membawa Team Pacat naik ke hulu Sungai Terenggan. Kali ini, Team Pacat akan cuba memecahkan rekod untuk melakukan penjelajahan sejauh mungkin sehingga pertemuan 2 anak sungai jauh di atas(hulu) sungai terenggan.

Penjelajahan selama 4H3M ini akan disertai oleh seorang wakil dari EIGER MALAYSIA yang merupakan syarikat pengeluaran barang-barang outdoor dan adventures yang terkenal. Seramai kira-kira 14 peserta akan menyertai aktiviti 'treking' yang disifatkan paling mencabar ahli-ahli Team Pacat.