Wednesday, May 6, 2009

Team PACAT-SW. Dapat Sotong ke Ribut

Pada 1 Mei yang lalu TeamPACAT SW telah berkesempatan untuk mencandat sotong.... satu teknik pancingan yang tidak pernah dilalui oleh kebanyakkan ahli. Trip diatur oleh Kak Long (Kakak Jimok) yang kebetulan kekurangan ahli trip dan kemudian dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ken dan Stella serta rakan Mohis untuk mencuba teknik mencandat sotong. Persiapan dilakukan secara ala kadar sahaja, maklum lah trip last minit memang tak sempat nak buat persiapan rapi. Walaupun begitu Bro Ken sempat juga menyambar dan menguji set light jigging Abu Conolon dan Daiwa Frame Kix 4000 yang baru dibeli 3 hari sebelum trip. Sementara penulis lebih tertumpu untuk teknik pancingan candat sotong sahaja. Dengan nasihat Trip Manager yang memang tidak asing lagi di Penarik (PokNoh) beberapa ketul Candat Mayat dan Candat Twist dibeli dengan harapan dapat mencandat sotong seberapa banyak yang boleh.
.

Jaring kat belakang tu tak nak bawak ke???
.

Jeti konkrit... sangat membantu memudahkan proses pemunggahan
.
Selepas selesai solat jumaat, semua ahli trip berkumpul di Masjid Penarik. Penarik terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Kira-kira 50km dari Kuala Terengganu. Sementara menunggu ahli trip sampai Akhtar, Ken dan Mohis sibuk mengikat perambut candat yang rata-rata sebenarnya tak tahu cara mengikat yang betul. Penulis pula sibuk memasukkan tali ke dalam kekili. Kira-kira pukul 3.30 petang baru lah semua ahli trip sampai dan kami semua diperkenalkan kepada Trip Manager (PokLeh) oleh Ketua Trip (Kak Long-Kakak Jimoque). Tanpa membuang masa Pok Leh terus membawa kami ke jeti dimana Bot dan Kapten Bot (Pok Noh) telah sedia menunggu. Kami segera memunggah barang ke atas bot. Terkejut besar juga Pok Leh kerana katanya banyak sangat barang makanan yang kami beli (macam nak ke kenyir).
.

.


'Kotak Biru' apa tu ye????
.
Sebelum bertolak kita berdoa dulu ye.........
.
Selesai memunggah Pok Noh terus memacu bot ke spot pertama (unjam). Perjalanan dari jeti ke kuala sungai agak jauh... ia mengambil masa kira-kira 15-20 minit. Sepanjang perjalanan di sungai ini kelihatan ramai kaki pancing memancing dengan teknik trolling dan casting. Jajaran anak-anak sungai ini telah membentuk satu Delta kecil yang memjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk habitat ikan-ikan kecil yang seterusnya mengamit perhatian ikan-ikan pemangsa seperti Siakap Putih, Siakap Merah, Bulan dan lain-lain.
.
Terror betul Bro Ken, bole ikat FG Knot atas bot tuuuuu....
.
Datang nak candat ke nak jigging ni???
.
Ruang kiri dan kanan bot yang luas memudahkan aktiviti memancing
.
Mari belajar ikat candat dari orang pengalaman
.
Candat yang telah siap disediakan oleh Awak-awak
.
Perjalanan ke spot yang pertama mengambil masa 2 jam perjalanan dari jeti. Agak jauh perjalanan ke spot ni sehingga sempat la juga penulis dan rakan-rakan pancing yang lain melelapkan mata. Sampai saja ke spot yang pertama ahli-ahli trip sibuk mencari bekalan umpan hidup, tidak lupa juga ada yang terus mencandat. Ken dan Mohis terus tegar mengunjun jig manakala penulis masih terpingga-pingga mencari kaedah terbaik untuk memancing. Sotong pertama berjaya dinaikkan oleh Wife Jai... dan seterusnya oleh Wife Akhtar.... pelik juga sotong ni begitu ashik dengan candat yang dihulur kaum Hawa. Hasil semangat yang tidak mengenal putus asa Muas berjaya mendapatkan hasil yang pertama iatu seekor Belitung (Dorado) hasil pancingan jigging. Apa lagi terbakar la Ken dan penulis sendiri. Ken pula dari tadi tak henti-henti mengunjung jig dengan joran dan mesin yang baru dibelinya.
.
Hijau dan cantik belitung ni
.
Bonus buat yang rajin 'jigging'. Belitung pertama trip
.
Sedar tak sedar hari menjadi semakin gelap. Bot pun berpindah lokasi lagi, kali ini di sebuah port yang biasa dibawa oleh tekong untuk mencandat. Di port ini juga lah satu kumpulan pancing beberapa minggu yang lalu memperolehi hasil yang lumayan dengan kaedah mencandat. Tekong yang dibantu 2 awak-awak terus menyiapkan spotlight sebagai penarik kepada sotong-sotong. Namun tidak semudah yang disangka. Sehingga tengah malam, kami hanya dapat mencandat beberapa ekor sotong sahaja. Pelik betul, kami diberitakan hari tersebut adalah juga merupakan antara hari yang terbaik untuk keluar mencandat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bosan menunggu, Awak-awak bot menyiapkan hidangan maggi sotong. Kami menikmati hidangan maggi dengan enak sekali dibawah bulan dan bintang yang jelas kelihatan. Punya la banyak sotong sampai nak ceduk maggi sotong yang paling panyak.
.
Selesai saja makan kami berpindah ke lokasi kedua. Sampai di lokasi kedua kira-kira pukul 1.00 pagi penulis sempat menaikkan 3 ekor sotong mengabang sebelum keadaan senyap seketika. Dengan tak semena-mena hujan turun dengan lebat sekali, semua ahli kelam-kabut mencari tempat berteduh dan mengemas peralatan pancing. Yang sedang tidur di bumbung bot terpaksa lah turun kalau tak nak kena hujan. Hujan turun dengan lebat kira-kira 30minit dan tiba-tiba disusuli pula dengan angin yang kencang. Alamak kena pukul ribut pulak hati penulis berdetik. Bermula di saat itu perasaan takut mula menyelubungi hati penulis kerana ini lah kali pertama penulis dipukul ribut. Kelam-kabut dan tunggang langgang keadaan di dalam bot beroleng-oleng ke kiri dan ke kanan. Satu keadaan yang tidak bole penulis lupakan ialah apabila penulis sendiri melihat air laut berupaya memasuki lantai bot. Penulis hanya mampu berdoa selain membaca apa saja ayat-ayat suci yang terlintas di fikiran penulis. Pengalaman tekong (Pok Noh) juga banyak membantu, tekong kelihatan tenang megemudi bot di celah-celah lambungan ombak selain tidak panik. kami dipukul ribut sehingga kira-kira 45minit. Reda sahaja ribut Pok Noh terus memecut bot ke Pulau Lang Tengah untuk berehat dan tidur. Syukur alhamdulillah kami semua selamat.
.
Penulis terpaksa berdiri dan berpaut kuat pada tiang bot ketika dipukul ribut (gambar ehsan dari oneaxel.multiply.com)
.
Walaupun baru habis dipukul ribut. semua ahli trip masih ghairah memancing tetapi oleh kerana bot parking kira-kira 50m dari pantai maka pancing kami ashik tersangkut je dengan batu karang. Walaubagaimana pun di kawasan ini memang diakui mempunyai penghuni yang besar. Ini terbukti apabila joran Husband Kak Long ditarik rakus oleh penghuni dasar. Ikan apa ye? kuat betul tariknya. Berpusing satu Bot dibuat 'ikan' ni, penulis meneka ikan pari kerana cara ia menarik tidak rakus tetapi perlahan sahaja. Pok Leh juga seperti bersetuju dengan tekaan penulis. Maka Pok Leh pun berusaha 'memujuk' ikan pari ini agar keluar dari lekapannya pada pasir.... dan usaha Pok Leh itu ternyata tidak sia-sia kerana ikan berjaya dipujuk keluar dan tanpa membuang masa Husband Kak Long ters-menerus mengepam kekilinya.... dan tiba-tiba ikan yang disangka 'pari' yang melekap di pasir tadi sebenarnya hanya lah seekor 'ikan kecil' jeee...... Apa lagi berdekah-dekahlah ahli trip tergelak..... termasuk lah tekong Pok Noh dan awak-awaknya yang dari tadi telah bersedia di birai bot dengan gancu besar untuk menarik habuan..... "Letih je aku menjentik 'Pari' ni" kata Pok Leh yang ashik menjentik tali pancing memujuk ikan yang disangka pari keluar dari pasir. "tak padan dengan saiz" tambah Pok Leh lagi..... tergelak besar. Selepas itu hanya Mat Bottom yang tegar je memancing manakala penulis dan rakan-pancing yang lain dah tak tahan kedinginan pagi dan terus tertidur.
.
Letih je 'menjentik' tali, ingatkan Pari rupenya hampeh....
.
Pagi keesokan harinya tanpa membuang masa Pok Noh terus memecut bot ke satu spot untuk pancingan dasar.... Di sini seekor belitung dapat ditewaskan dengan kaedah menghanyut, seekor todak hampir berjaya di pancing namun lucut semasa ditarik ke bot selebihnya hanya ikan-ikan apollo je yang kami dapat. Bonus kepada Ken kerana akhirnya berjaya juga mendapatkan hasil jigging yang pertama seekor Barracuda. Penulis hanya mampu menaikkan kembong dengan jig dan beberapa ekor buntal!!!. Kami memancing sehingga kira-kira pukul 11.00 pagi dan bot terus pulang ke jeti. Dalam perjalanan pulang ke jeti Pok Noh telah bermurah hati untuk memberikan hasil bubunya kepada kami. Terima Kasih Pok Noh.... Baik sungguh Tekong Pok Noh patut lah murah rezekinya. Kami tiba di jeti kira-kira pukul 12.30 tghari.
.

Akhirnya.... Ken dengan Barracuda pertama hasil penat lelah jigging
.
Memancing tiada yang mustahil, Kembong pun makan jig.....
.
Ahli trip bergambar beramai-ramai dengan Tekong yang memang BEST
.
Walaupun trip candat sotong ini bole dikategorikan kumpau/mangkor tetapi kami semua tetap gembira dan seronok memandangkan ini lah pengalaman pertama kami mencandat sotong selain di pukul ribut. Penulis ada menyatakan kepada tekong Pok Noh dan Pok Leh akan kembali lagi memancing di sini....mungkin akan ke api boreng!
.
Stella @ Team PACAT

12 comments:

  1. Laporan best, hehehe. pasni aku maybe asik tersangkut kat area2 besut lah kut kalu nak men laut.

    bro stella, xnak ceritakan ke pasal buntal frenzy? wahahaahaha.. stok bile tarik jig rasa berat aja.

    ReplyDelete
  2. Bro Ken...nape ashik nak ke area Besut jee???
    Nak cite gak tapi tak dak gambar la....nak ambik pun segan la hehehehe....

    ReplyDelete
  3. kenapa besut???? heeeeeeeeeeeeeee.... terkena penangan gadis besut lak...

    lagipun ada geng jigging sana pun ajak mancing bln 7 ni. depa kata ada pot kapal karam kat are tuh byk ikan.

    bro stella, kasitau kat tekong tuh kalu nak repeat main boreng kita wat next year lah. sbb budget untuk kelengkapan xde lak. lagipun sambil2 tuh bole kumpul org pelan2.

    pastu sapa2 ada minat fream kix tak? nak trade in ngan applause ke..

    ReplyDelete
  4. OK bro Ken kalau betul tahun depan nak ke Api Boreng kita buat persiapan awal! amacam ada berani ka?

    Laaaaa.... apasal mau jual itu Frame Kix? reel dah cantik dah tu apa!

    ReplyDelete
  5. ingat nak amek saiz kecik skit
    lgpun ada biomaster n ultgra saiz3000 dari japan kat smenyih ni

    ReplyDelete
  6. itu saiz dah ok dah tu.... bila masa kau ada biomaster & ultegra saiz 3000? ada kedai jual reel tu ke kat semenyih?

    ReplyDelete
  7. tak minat nak pi mancing kat masai or pontian ke?
    Kalau pontian, mancing kat kelong..
    kalau masai, naik bot kat laut... leh contact member kat sana....

    @nebuchadneeza

    ReplyDelete
  8. kak long...kalu kat kelong tu memang bebudak Team PACAT ni tak berapa minat tapi kalu naik bot satu cadangan yang bernas tu....cam ner nak contact member kat sana?

    ReplyDelete
  9. pasni kite candat sotong pakai ni lak:-
    http://www.megabass.co.jp/product_detail.php?keyid=465

    ada bran?

    ReplyDelete
  10. ahh...tanya orang ada berani konon!!! mau angkat 'bangla' pun lu tak da berani??? Ada berani mau angkat 'bangla'????

    ReplyDelete
  11. wakakakaka!!!! xnak!! aku nak angkat zillion ke.. aku rela exercise berlebihan. hahaha

    ReplyDelete
  12. Letak Link Blog Anda Disini Myrodreel Blog tentang aktiviti memancing. Dapat pelbagai CARA MEMANCING, UMPAN, TIPS, PANDUAN DAN INFO MEMANCING DI MALAYSIA

    ReplyDelete