Semasa trip mencandat sotong tempoh hari penulis sempat bersembang dengan Tekong Pok Noh dari Penarik…. Berkenaan trip pancing ke Api Boreng (panggilan tempatan bagi Pelantar Minyak). Beliau mengatakan memang setiap tahun beliau ada membawa kumpulan pemancing untuk memancing di Api Boreng. Penulis ada menyatakan hasrat kepada Pok Noh untuk memancing di sana dan beliau mengatakan kalau berhajat hendak memancing di sana kena buat perancangan awal selain memastikan peralatan yang lebih sesuai.... Penulis dan Bro Ken sememangnya berhajat untuk menjelajah ke Api Boreng ni. Dan kami sepakat untuk memancing di Api Boreng ni pada satu tarikh yang belum ditetapkan pada tahun hadapan (2010). Kepada ahli mahupun bukan ahli Team PACAT harap dapat memberikan sedikit pandangan dan maklumbalas.
.
.
.
*gambar dari Album Worldisround dari Cikgu Zahari
.
Stella @ Team PACAT
cadangan untuk tarikh adalah pada lepas musim tengkujuh. maybe bln 5 atau 6 camtu.
ReplyDeletebro stella bole tolong rekomen kalu reel yang bole dibawa ke boreng ni?
Tarikh pegi mungkin selepas bulan 6 pun ok, sekurang-kurangnya ada runag untuk peserta trip kumpul duit.
ReplyDeleteBro ken kalu nak ke Boreng ni pada saya wajib 'Bangla' sebijik.... harga pun murah dari RM1400 je.
Saya bercadang untuk menjemput beberapa Otai-otai Api Boreng macam Cikgu Zahari atau Botak tapi bergantung nanti pada perbincangan lanjut
hahaha
ReplyDeletebangla pun bangla je laa
Kita cari reel Daiwa Hyper Tanacom Bull dalam RM1400 ke atas. Amacam? Ada berani ka?
ReplyDeletehuhuhu.. saltiga pun tak brani nak beli, apatah lagi daiwa hyper tanacom bull..
ReplyDeletemenangis gak dompet tuh..
Saltiga seketul dalam RM2000 ke atas.... tapi kalau elektrik reel ni aku tengok murah sikit.... dalam RM1500 pun bole dapat sebijik....
ReplyDeleteKalau kau pegi pelantar tak pakai elektrik reel... sanggup ke kau karau reel dgn batu seberat 400gram sedalam 60-80 meter....?
hahahaaha.. mmg la tak sanggup.. aritu ingat nak pow sek punya reel besar2. tapi dia da xdak da.. dia kata dia main pelantar pun trolling je tangkap tenggiri
ReplyDeleteHmmmm....bole juga sebenarnya....tapi aku rasa ekol sangat la ada 'Bangla' tu.... sebab benda tu banyak membantu tangkapan ken.
ReplyDeleteKalau kau beli Stella atau Saltiga sekali pun. Takkan kau nak jigging selama 3 hari 2 malam??? larat ke? Nanti kita usha la harga dia, kalau tak salah aku harga dia dalam RM1400 ke atas bergantung pada moedel...
Aku memang target 'bangla' ni sebijik... sebab aku tak sanggup nak pusing Torium (klak..klak..klak..klak..klak....)aku tu... confirm pengseng aku nanti...
hahahaha... "klaklakklak. klak. klak. klak... klak... klak... klak klak klak..."
ReplyDeletexpe, trip ni taun depan. byk lagi masa nak kumpul duit.
Bro Ken pada aku dah tak de masa dah.... kalau kita betul-betul planning tinggal lagi 12 bulan je!!!! Mananya Reel nak sambar (Tanacom Bull/Saltiga dalam RM1500-2000), Rod lagi, Main Line lagi (confirm 50-60lbs dalam 300m) mahu ada dalam RM200 tu, Perambut lagi (confirm 80-100lbs), Mata kail lagi (confirm Gamakatsu/onwer/decoy/moriggen) mahal tu saiz besar!!!, Batu ladung sebijik dah dekat belas-belas ringgit!!! takkan batu ladung nak beli s2 ketul je???, Duit Trip lagi paling kurang RM600....
ReplyDeleteAdakah bro rasa masih cukup masa??? Kalau ikutkan sebulan mesti kena ada saving dalam RM50 sampai ke tarikh trip.... itu untuk duit trip je.... tak termasuk harga barang-barang yang perlu dibeli.... Kalau ikutkan kiraan sebenar sekurang-kurangnya sebulan kita kena belanja dalam RM150 saja. RM100 untuk duit beli peralatan yang mana perlu dan RM50 pula untuk duit trip!!! tak de masa lagi ni dah bro!!!!.... percaya la. Kalau nak pegi dengan peralatan 'ala kadar' je baik tak yah pegi bro...buat letih badan, rugi masa dan duit je
hahahaha.. oit!!! wat ku cuak nih!!! kene jual pajero lak nanti..
ReplyDeletexpe2, try dulu camne
Betul aku cakap ni Bro Ken.... Cuba kau timbang tara... takkan kau nak start beli barang sebulan sebelum nak pegi sana??? Pengsan kau nanti!!!!
ReplyDeleteSekarang dah kita kena beli barang sikit-sikit, tali, batu, mata kail....benda-benda kecik-kecik ni.... nak beli bangla sebijik mungkin tak de duit lagi skang ni...
tul tuh. patut org kata men laut dalam ni belanja besar
ReplyDeletekat site aku ni banyak bangla... ambik je la sekor dua... tukang pancut air ada... tukang pasang steel bar pun ada... yang pandai bricklaying pun ada... pilih je la...
ReplyDeleteBro Redhot kalau setakat 'bangla' tu aku rasa lagi belambak la kat tapak projek JKR kat sini sampai tak tahu buat kerja apa??? huhuhuh...
ReplyDeletehahaha.. bangla tuh bape hinggit sorang? bole laa beli wat tlg reel tali eh?
ReplyDeleteRindu kat boreng.... Sy pernah mancing kat area Pelantar Boreng, alhamdulillah, Jemuduk 21.25kg, kerapu 18kg, Merah 14kg... mmg menyandor kat body kapal.. hahahaha
ReplyDelete