Friday, May 29, 2009

sepayang again?? 14 jun 2009

tarikh trip : 14 jun 2009
tarikh bertolak : 13 jun ptg , tidur di rompin
tarikh balik : 14 jun malam
tempat : Empangan pontian rompin

setakat ni aku dgn naga je yg dah kompom... so ada satu lagi kekosongan... cepat cepat....

Monday, May 25, 2009

sepayang 23 may 2009

Oleh kerana lewat tiba di Rompin, kami gagal untuk mendapatkan hotel di sekitar Rompin. Nasib baik Rahim (tekong) yang selalunya tidur di rumah rakit bila ada customer memancing keesokkanharinya menjemput kami tido bersama. Rumah rakit beliau yang tidak berapa jauh dari jeti nampaknya agak selesa untuk kami melelapkan mata seketika sementara menunggu pagi.
Awal pagi rahim keluar ke Kedai berdekatan untuk membeli breakfast dan makanan kami untuk memancing nanti sementara kami bersiap sedia untuk bertarung dengan toman-toman di sana.

Lokasi pertama memancing tidak lah jauh dari jeti. 5 minit sahaja perjalanannya. casting membabi buta (blind cast) di tepian mengkuang nampaknya membuahkan hasil bila jimouque awal-awal lagi telah mendaratkan seekor toman remaja aka rempit dengan jayanya.

toman pertama penyeri pagi


Selepas itu semasa terlihat toman timbul balingan skitter pop saya yang berwarna chatreus makerel tanpa cabel telah berjaya diputuskan oleh toman. Nampaknya kami perlu menukar strategi kepada memakai cabel keselamatan untuk mengurangkan risiko lure dari terputus lagi.

setelah tiada sambutan di kawasan tersebut kami mula pergi ke tempat lain yang dikuatiri diduduki monster2 sepayang.
Semasa ada riak di suatu kawasan lapang saya dan madi telah membaling dua biji fat rap, fire tiger dan chatreus. Sekali gus dua gewang di sambar ikan tapi malangnya fatrap milik madi putus akibat di gigir toman dan satu lagi sambaran rupanya dari sang sebarau... yahooo...

Sebarau Adaberan...


cnr... wajib!!


percubaan demi percubaan di lakukan lagi kali ini bubble pop 88 milik madi di sambar toman jahat dan membawa lari ke kayu. akhirnya... tak sempurna

alphas tak leh break


Selepas itu banyak lagi peristiwa rabut, yang sukar di ceritakan telah berlaku. bukan sebab apa.. byk sangat sampai lupa berapa kali rabut. gunnish sahaja di terkam tiga ekor toman di lokasi berbeza dan akhirnya putus sekali pada kabel 30lb.
jimoque juga putus dua ketul lure di mamah toman walaupun diletakkan cabel 50lb.

sebelum makan tengahari barulah seekor toman perut buncit membedal strike pro setelah banyak kali rabut di tengah jalan



waktu ptg kami hanya dapat memancing sekejap sahaja kerana hujan serta ribut petir telah melanda. kami cuma menghabbiskan masa petang dengan melanggar tunggul kayu dan terus balik ke jeti apabila hari mulai gelap.. sekian...



kita tunggu jimoque komen mengenai sepayang...

Monday, May 18, 2009

Trip Repeat Sepayang

Date : 23 may 2009
Lokasi : Empangan Pontian Sepayang, Rompin
Ahli : Jimouque , madi dan TomX
TargeT : Badong dan Toman Monster

Selepas trip yang agak mengujakan semasa trip recce pada rabu 6 may 2009, satu lagi trip mengejut telah di buat pada tarikh di atas. Toman sepayang nampaknya lebih sukar dinaikan dari toman air ganda. Nak tau sebab apa. kita tunggu laporan trip ini nanti. Diharap metanium MG dc dapat bertemu ruas.

Xplorasi Sg Terenggan 27-30 Jun 2009

TeamPACAT fw akan mengaturkan trip xplorasi Sg. Terenggan, Kenyir pada 27-30 Jun 2009. Ini merupakan trip treaking n camping dalam Sg. Terenggan untuk 2 malam dan 1 malam atas boathouse. Target untuk casting sebarau dan kelah....

Anggaran kos adalah RM250 seorang bergantung kepada jumlah ahli. Maksimum ahli 16 org je.

Senarai ahli yang dah confirm:-

1. Jimoque
2. Rehot
3. TomX
4. Naga
5. Aidk Ipar Naga 1
6. Adik Ipar Naga 2
7. Ken
8. Adique
9. Helmi
10. Wafi
11. Hj. Sahari
12. Kwn Hj. Sahari.

Senarai tambahan( duk kat atas boathouse je...)
1. Niza
2. Anuar
3. Haqe
4. Bini Haqe

Harap tiada pertukaran di saat-saat akhir... Mohon kerjasama semua.

Majlis Pertunangan FAIRUZAH, Seremban

















Thursday, May 14, 2009

PACAT SUPER SERIES 7 (TASIK KENYIR DECEMBER 2009)

Tasik kenyir dah jadi macam kampung kepada pemancing-pemancing lebih-lebih lagi pada bulan december. Bothouse sudah mula di booking oleh ramai pemancing bermula awal tahun lagi. jadi sekarang ni dah bulan 5. rasanya tak lama lagi tu . so setelah berdiskusi dengan saudara jimouqe . Tarikh telah di pilih. Boat pun sudah di pilih. harap kawan-kawan dapat memberikan respon secepat mungkin.. nak bagi deposit pun boleh... bagi kat jimouque.

Boat house : tkp ...
Boatman : ibrahim
Tarikh trip : 12- 15 dec 2009 4hari 3 malam (jumaat sampai selasa)
Bayaran : satu mlm rm 100 x 3 malam = rm300 (termasuk fibre dan minyak .. 1 fibre x 2 pemancing
(tidak termasuk minyak kereta,tol dan makanan)

amacam,,,, setuju tak?

list nama yang dah kompom
1) jimouque
2) stella@TPSW
3) tomx
4) Ken Wakenabeb
5) kojie
6) Rehot

Monday, May 11, 2009

MENCARI MILA TASIK BERA

Tasik BEra? rasanya tak ramai yang tahu macamana rupa bentuk muka bumi tasik bera ni. termasukkan kami berempat yang baru first time meredah untuk ke Bera tanpa sebarang apa pengalaman di sana. Pergi pun hanyalah berpandukan GPS, kalau tak mungkin sesat sampai ke serting. bertolak secara perlahan dari KL pukul 5 petang, kami mengisi perut di temerloh dan menyambung perjalanan ke Tasik bera.

berhenti rehat di temerloh


Tasik bera tidak lah jauh seperti mana yang di sangkakan. Dekat je rupanya. belum pukul 9 lagi kami sampai di Persona calet dan terus menempah bilik untuk berehat sebelum meneruskan perjuangan di esok hari. Calet berharga rm 90 semalam dilengkapi aircond dan tiga katil agak berbaloi untuk diduduki. Makan malam boleh didapati di cafeteria calet dengan harga berpatutan dan menyelerakan. Di tambah pula dengan MILA yang agak peramah membuatkan kami tidur malam tidak berapa lena. kuang kuang kuang...

Peta Tasik Bera



Penerangan ringkas mengenai Tasik Bera - info berguna ni.

Lepas makan kami mula membuat persediaan untuk memancing pada keesokkkan hari . Mata dah asah, fg dah ikat, split ring dah decoy, snap dah eg.. cuma nak tunggu masa sahaja untuk mencubanya.

Metanium MG/DC bersedia untuk di gasak- jimouqe.. sila komen performence.


Tasik bera juga tak kurang hebatnya dari sejarah ikan tapahnya. urban legend seperti tapah makan beruk, gigit propeller bot juga menjadi cerita p

Satu masa dahulu- lagenda tasik bera. kaya dengan tapah menggunakan spoon.


3 bujang lapuk tengah tunggu Abg Sudin....


uncle... can u speak english??


Perjalanan ke lubuk-lubuknya tidak lah sejauh mana. cuma agak adventure bila terpaksa melalui lorong-lorong mengkuang.

red hot dan botman - lorong-lorong sempit perlu di tempuhi sebelum sampai ke port memancing.


toman paling besar kat BEra - walaupun teluk-teluknya cantik, macam ada banyak toman. tapi cume yang besar ni sahaja yang sudi menjamah altima. yang lain ,,,,, timbul pun tarak.


Makan tengahari - pulang semula ke pesona resort untuk mengisi perut


Patut lah toman kurang di BEra.. abis dah kene tajur - tajur yang kami jumpa semasa perjalanan untuk ke sungai bera.


sebarau pun tinggal yang ciput - besar ni kat sukida pun bersepah.


sungai bera- sungai yang sempit dan berarus laju. ada juga yang sudi menyambar gewang walaupun rabut. next time ok!


jimouqe, weng dan sudin - bot sudin lebih besar dan agak tidak sesuai memancing di sungai yang sempit ni.


baung dengan sP - di tangkap oleh seorang pemancing regular disini.


Karaoke time - bila tak dapat ikan... dapat karke pun jadi la..


ku tahu... kau bukan lawan untuk ku...


yer bang nak order apa... abang belakang tu tak lapar ke?

Thursday, May 7, 2009

LOJI AIR SEPAYANG

Kalau di air ganda kita selalu cakap banyak reba, di loji air sepayang lapan kali lebih banyak reba. awal pagi lagi aku, botak dan adik dia dah melepak kat taman bunga depan 7e rompin sambil tunggu hari cerah. kat taman bunga tu ada pondok klu nak tido selelap tapi jangan lupa bawak sleping beg dan ubat nyanyuk... pukul 6 kami dah mula cari port mkn dan akhirnya terjumpa kedai di pasar rompin.(ni je yang bukak) . tapi malang nya kedai ni tak sedap..(pangkah). kalau nak beli kuih atau nasi di galakkan beli berdekatan petronas sebab kat situ banyak pilihan.



Perjalanan ke Loji air sepayang cuma sepuluh minit je dari pekan rompin. Lepas pekan rompin menghala ke selatan ada sekolah teknik di sebelah kiri dan jumpa simpang ke loji air lepas tu. masuk sahaja ikut sign board dan terus sampai habis jalan tar.
Rahim parkir bot kat situ dan nak punggah barang naik ke bot pun hanya 5 langgak sahaja dari kereta.

port memancing pertama tak jauh dari jeti. leih kurang 5 min dah boleh pancing. Sessi pagi dimulakan dengan mencari anak-anak toman. Tidak sampai 1/2 jam memancing sudah ada terjumpa anak toman. balingan thunder dog red head terus di sambar pada first cast,, tapi rabut lepas bertarung untung beberapa saat. kami ronda lagi mencari dan terjumpa anak kedua. sama jugak thunder dog red head di sambar ibu, tapi rabut. adeh.. nak cerita rabut memang penat geng. banyak sangat rabut. penyakit ni... last last adik botak naik jugak sekor hasil dari gunnish . kawasan tu memang banyak toman timbul. tapi banyak yang makan nak tak nak je... tebaboom... tapi rabut.

semasa masuk ke teluk yang rahim pernah terjumpa tedung selar katak plastik viva aku pula mendapat sambaran ibu toman. toman tersebut timbul di tengah-tengah lumut menyebabkan sukar untuk membaling popper. Peringatan sapa yang nak pergi sepayang.. katak ni perlu ada jugak at least satu.


tengahari kami lepak di rumah rakit rahim. best juga rakit ni. sb berangin dan bersih. nak tidor pun selesa. ada dapur gas kala teringin nak bermalam di sini. Sewa rm 60 semalam.

Selepas tido dan mandi kami sambung lagi pancing toman walaupun keadaan petang agak berangin sedikit. banyak rabut lagi macam biasa. tapi last-last dapat jugak adik botak melanded kan seekor toman black.

Semasa lewat petang banyak anak toman dijumpai tapi ibunya tak sudi nak makan. tapi yang bestnya ada sebarau menunggu di bawah anak toman tersebut. Semasa sibuk melayan sebbie baby. mama toman pula tiba2 mencuri sebbie tersebut dengan altima pun dia bawak lari. sempat jugak mengepam sekejap tapi putus jugak.

rahim @ rosli bin romli


lepas mancing terus balik ke KL.. penat dan tidak di galakkan.. sekian (penat)

Wednesday, May 6, 2009

Api Boreng..... Ada Berani!!!!

Semasa trip mencandat sotong tempoh hari penulis sempat bersembang dengan Tekong Pok Noh dari Penarik…. Berkenaan trip pancing ke Api Boreng (panggilan tempatan bagi Pelantar Minyak). Beliau mengatakan memang setiap tahun beliau ada membawa kumpulan pemancing untuk memancing di Api Boreng. Penulis ada menyatakan hasrat kepada Pok Noh untuk memancing di sana dan beliau mengatakan kalau berhajat hendak memancing di sana kena buat perancangan awal selain memastikan peralatan yang lebih sesuai.... Penulis dan Bro Ken sememangnya berhajat untuk menjelajah ke Api Boreng ni. Dan kami sepakat untuk memancing di Api Boreng ni pada satu tarikh yang belum ditetapkan pada tahun hadapan (2010). Kepada ahli mahupun bukan ahli Team PACAT harap dapat memberikan sedikit pandangan dan maklumbalas.
.

.

.
*gambar dari Album Worldisround dari Cikgu Zahari
.
Stella @ Team PACAT

Team PACAT-SW. Dapat Sotong ke Ribut

Pada 1 Mei yang lalu TeamPACAT SW telah berkesempatan untuk mencandat sotong.... satu teknik pancingan yang tidak pernah dilalui oleh kebanyakkan ahli. Trip diatur oleh Kak Long (Kakak Jimok) yang kebetulan kekurangan ahli trip dan kemudian dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ken dan Stella serta rakan Mohis untuk mencuba teknik mencandat sotong. Persiapan dilakukan secara ala kadar sahaja, maklum lah trip last minit memang tak sempat nak buat persiapan rapi. Walaupun begitu Bro Ken sempat juga menyambar dan menguji set light jigging Abu Conolon dan Daiwa Frame Kix 4000 yang baru dibeli 3 hari sebelum trip. Sementara penulis lebih tertumpu untuk teknik pancingan candat sotong sahaja. Dengan nasihat Trip Manager yang memang tidak asing lagi di Penarik (PokNoh) beberapa ketul Candat Mayat dan Candat Twist dibeli dengan harapan dapat mencandat sotong seberapa banyak yang boleh.
.

Jaring kat belakang tu tak nak bawak ke???
.

Jeti konkrit... sangat membantu memudahkan proses pemunggahan
.
Selepas selesai solat jumaat, semua ahli trip berkumpul di Masjid Penarik. Penarik terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Kira-kira 50km dari Kuala Terengganu. Sementara menunggu ahli trip sampai Akhtar, Ken dan Mohis sibuk mengikat perambut candat yang rata-rata sebenarnya tak tahu cara mengikat yang betul. Penulis pula sibuk memasukkan tali ke dalam kekili. Kira-kira pukul 3.30 petang baru lah semua ahli trip sampai dan kami semua diperkenalkan kepada Trip Manager (PokLeh) oleh Ketua Trip (Kak Long-Kakak Jimoque). Tanpa membuang masa Pok Leh terus membawa kami ke jeti dimana Bot dan Kapten Bot (Pok Noh) telah sedia menunggu. Kami segera memunggah barang ke atas bot. Terkejut besar juga Pok Leh kerana katanya banyak sangat barang makanan yang kami beli (macam nak ke kenyir).
.

.


'Kotak Biru' apa tu ye????
.
Sebelum bertolak kita berdoa dulu ye.........
.
Selesai memunggah Pok Noh terus memacu bot ke spot pertama (unjam). Perjalanan dari jeti ke kuala sungai agak jauh... ia mengambil masa kira-kira 15-20 minit. Sepanjang perjalanan di sungai ini kelihatan ramai kaki pancing memancing dengan teknik trolling dan casting. Jajaran anak-anak sungai ini telah membentuk satu Delta kecil yang memjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk habitat ikan-ikan kecil yang seterusnya mengamit perhatian ikan-ikan pemangsa seperti Siakap Putih, Siakap Merah, Bulan dan lain-lain.
.
Terror betul Bro Ken, bole ikat FG Knot atas bot tuuuuu....
.
Datang nak candat ke nak jigging ni???
.
Ruang kiri dan kanan bot yang luas memudahkan aktiviti memancing
.
Mari belajar ikat candat dari orang pengalaman
.
Candat yang telah siap disediakan oleh Awak-awak
.
Perjalanan ke spot yang pertama mengambil masa 2 jam perjalanan dari jeti. Agak jauh perjalanan ke spot ni sehingga sempat la juga penulis dan rakan-rakan pancing yang lain melelapkan mata. Sampai saja ke spot yang pertama ahli-ahli trip sibuk mencari bekalan umpan hidup, tidak lupa juga ada yang terus mencandat. Ken dan Mohis terus tegar mengunjun jig manakala penulis masih terpingga-pingga mencari kaedah terbaik untuk memancing. Sotong pertama berjaya dinaikkan oleh Wife Jai... dan seterusnya oleh Wife Akhtar.... pelik juga sotong ni begitu ashik dengan candat yang dihulur kaum Hawa. Hasil semangat yang tidak mengenal putus asa Muas berjaya mendapatkan hasil yang pertama iatu seekor Belitung (Dorado) hasil pancingan jigging. Apa lagi terbakar la Ken dan penulis sendiri. Ken pula dari tadi tak henti-henti mengunjung jig dengan joran dan mesin yang baru dibelinya.
.
Hijau dan cantik belitung ni
.
Bonus buat yang rajin 'jigging'. Belitung pertama trip
.
Sedar tak sedar hari menjadi semakin gelap. Bot pun berpindah lokasi lagi, kali ini di sebuah port yang biasa dibawa oleh tekong untuk mencandat. Di port ini juga lah satu kumpulan pancing beberapa minggu yang lalu memperolehi hasil yang lumayan dengan kaedah mencandat. Tekong yang dibantu 2 awak-awak terus menyiapkan spotlight sebagai penarik kepada sotong-sotong. Namun tidak semudah yang disangka. Sehingga tengah malam, kami hanya dapat mencandat beberapa ekor sotong sahaja. Pelik betul, kami diberitakan hari tersebut adalah juga merupakan antara hari yang terbaik untuk keluar mencandat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bosan menunggu, Awak-awak bot menyiapkan hidangan maggi sotong. Kami menikmati hidangan maggi dengan enak sekali dibawah bulan dan bintang yang jelas kelihatan. Punya la banyak sotong sampai nak ceduk maggi sotong yang paling panyak.
.
Selesai saja makan kami berpindah ke lokasi kedua. Sampai di lokasi kedua kira-kira pukul 1.00 pagi penulis sempat menaikkan 3 ekor sotong mengabang sebelum keadaan senyap seketika. Dengan tak semena-mena hujan turun dengan lebat sekali, semua ahli kelam-kabut mencari tempat berteduh dan mengemas peralatan pancing. Yang sedang tidur di bumbung bot terpaksa lah turun kalau tak nak kena hujan. Hujan turun dengan lebat kira-kira 30minit dan tiba-tiba disusuli pula dengan angin yang kencang. Alamak kena pukul ribut pulak hati penulis berdetik. Bermula di saat itu perasaan takut mula menyelubungi hati penulis kerana ini lah kali pertama penulis dipukul ribut. Kelam-kabut dan tunggang langgang keadaan di dalam bot beroleng-oleng ke kiri dan ke kanan. Satu keadaan yang tidak bole penulis lupakan ialah apabila penulis sendiri melihat air laut berupaya memasuki lantai bot. Penulis hanya mampu berdoa selain membaca apa saja ayat-ayat suci yang terlintas di fikiran penulis. Pengalaman tekong (Pok Noh) juga banyak membantu, tekong kelihatan tenang megemudi bot di celah-celah lambungan ombak selain tidak panik. kami dipukul ribut sehingga kira-kira 45minit. Reda sahaja ribut Pok Noh terus memecut bot ke Pulau Lang Tengah untuk berehat dan tidur. Syukur alhamdulillah kami semua selamat.
.
Penulis terpaksa berdiri dan berpaut kuat pada tiang bot ketika dipukul ribut (gambar ehsan dari oneaxel.multiply.com)
.
Walaupun baru habis dipukul ribut. semua ahli trip masih ghairah memancing tetapi oleh kerana bot parking kira-kira 50m dari pantai maka pancing kami ashik tersangkut je dengan batu karang. Walaubagaimana pun di kawasan ini memang diakui mempunyai penghuni yang besar. Ini terbukti apabila joran Husband Kak Long ditarik rakus oleh penghuni dasar. Ikan apa ye? kuat betul tariknya. Berpusing satu Bot dibuat 'ikan' ni, penulis meneka ikan pari kerana cara ia menarik tidak rakus tetapi perlahan sahaja. Pok Leh juga seperti bersetuju dengan tekaan penulis. Maka Pok Leh pun berusaha 'memujuk' ikan pari ini agar keluar dari lekapannya pada pasir.... dan usaha Pok Leh itu ternyata tidak sia-sia kerana ikan berjaya dipujuk keluar dan tanpa membuang masa Husband Kak Long ters-menerus mengepam kekilinya.... dan tiba-tiba ikan yang disangka 'pari' yang melekap di pasir tadi sebenarnya hanya lah seekor 'ikan kecil' jeee...... Apa lagi berdekah-dekahlah ahli trip tergelak..... termasuk lah tekong Pok Noh dan awak-awaknya yang dari tadi telah bersedia di birai bot dengan gancu besar untuk menarik habuan..... "Letih je aku menjentik 'Pari' ni" kata Pok Leh yang ashik menjentik tali pancing memujuk ikan yang disangka pari keluar dari pasir. "tak padan dengan saiz" tambah Pok Leh lagi..... tergelak besar. Selepas itu hanya Mat Bottom yang tegar je memancing manakala penulis dan rakan-pancing yang lain dah tak tahan kedinginan pagi dan terus tertidur.
.
Letih je 'menjentik' tali, ingatkan Pari rupenya hampeh....
.
Pagi keesokan harinya tanpa membuang masa Pok Noh terus memecut bot ke satu spot untuk pancingan dasar.... Di sini seekor belitung dapat ditewaskan dengan kaedah menghanyut, seekor todak hampir berjaya di pancing namun lucut semasa ditarik ke bot selebihnya hanya ikan-ikan apollo je yang kami dapat. Bonus kepada Ken kerana akhirnya berjaya juga mendapatkan hasil jigging yang pertama seekor Barracuda. Penulis hanya mampu menaikkan kembong dengan jig dan beberapa ekor buntal!!!. Kami memancing sehingga kira-kira pukul 11.00 pagi dan bot terus pulang ke jeti. Dalam perjalanan pulang ke jeti Pok Noh telah bermurah hati untuk memberikan hasil bubunya kepada kami. Terima Kasih Pok Noh.... Baik sungguh Tekong Pok Noh patut lah murah rezekinya. Kami tiba di jeti kira-kira pukul 12.30 tghari.
.

Akhirnya.... Ken dengan Barracuda pertama hasil penat lelah jigging
.
Memancing tiada yang mustahil, Kembong pun makan jig.....
.
Ahli trip bergambar beramai-ramai dengan Tekong yang memang BEST
.
Walaupun trip candat sotong ini bole dikategorikan kumpau/mangkor tetapi kami semua tetap gembira dan seronok memandangkan ini lah pengalaman pertama kami mencandat sotong selain di pukul ribut. Penulis ada menyatakan kepada tekong Pok Noh dan Pok Leh akan kembali lagi memancing di sini....mungkin akan ke api boreng!
.
Stella @ Team PACAT