Semenjak balik dari trip “redah jer: bersama Team Pacat November lepas, aku dah mula rapat dengan geng yang sempoi ni. Very sporting dan sememangnya gila dengan pancing. Ini lah yang aku nak, bukan sekadar bergegar gunung gemora tetapi cuma habis di meja kopi. Sebagai contoh baru sahaja selesai menduga toman air ganda (masih di grik), trip susulan ke Pekan pula dirancang”
Sebenarnya bukan baru kenal dengan geng ni, cuma kurang rapat je. Pernah juga berpesta sebarau di kenyir awal 2007 di Kuala Terenggan. Tapi cuma bertegur sapa macam tu je la. Tapi sekarang ni dah jadi partner mancing pula.
Sukida.. memang sesuai untuk bereakreasi bersama keluarga
Idea ke Sukida Resort
Asalnya jimoque cuba memberi cadangan untuk membawa family ke Sukida dan membuat sedikit BBQ ala2 family day, tetapi beberapa kali terkelendat di sebabkan ada urusan lain dan akhirnya jadi juga bila perbincangan ringkas di Restoran Mohsin . En Naga pula berhempas pulas berurusan dengan pihak pengurusan Sukida Resort dan akhirnya satu temu janji telah dibuat pada 18 dan 19 April.
heroin naga
jimoque bersama heronya
Jimouqe, Red Hot, Sharim, Madie, Naga dan Akhtar antara yang hadir pada hari tersebut datang awal untuk menguruskan chalet dan BBQ yang akan di adakan pada malamnya. Masing-masing membawa family sendiri tak kira yang baru dan otai2 yang membawa anak.
masing-masing bersiap sedia untuk membottom
Acara mancing bottom
Kalau dah nama pemancing, mana boleh tengok air lama-lama. Ikan pulak dah mula menunjukkan riaknya di air mana boleh tunggu. Acara bottom menjadi agenda utama walaupun ada yang membawa sekali set casting bersama dengan Fat Rap dan lure-lure lain untuk di cuba. Dedak dan hati ayam pula menjadi umpan killer mula mengambil tempat di mata-mata rambai yang di sulam khas oleh En Naga. Siap dengan cable lagi, mana tau kot-kot Pacu monster yang menyapa.
Hasil nampaknya belum ada walaupun dah bersilih ganti umpan di tukar. Ada juga yang merembat umpat tapi tak sempat nak strike. Maklum la masing-masing dah lama tak 'rendam umpan'. Cuma En Naga yang berjaya menaikkan tilapia size sedap di makan. Yang ni memang jadi lauk la....
talapia hasil dari membottom
.
BBQ time
BBQ di sediakan oleh pihak pengurusan Sukida dan kami Cuma membakarnya sahaja. Kos nya sebanyak RM15 sekepala agak berbaloi lah memandangkan kami tak perlu buat apa-apa persiapan pun. Bakar dan makan je. Bermula jam 8.00 mlm Ayam dan Ikan Selar mula di bakar dan menjadi santapan kami malam itu. Kicap dia memang power la... podek mak amekkk....
Apa yang penting... kerjasama...
Pancingan sessi malam
Selesai jer membedal makanan, tiba pula masanya memancing sessi malam. Di kolam yang paling besar kami mula merasuah ikan dengan roti yang di taja oleh pihak Sukida. Roti expired punya lah banyak, Seguni!!! Macam2 perisa ada, kaya, kelapa, kacang dan lain2. memang gemuklah ikan sukida malam tu..
Walaupun banyak ikan datang meratah rasuah yang di sua, tiada sekor pun yang berminat nak makan umpan bottom yang di baling, hinggalah akhirnya Shahrim yang kreatif mengkapankan poppernya dengan roti dan berjaya menaikkan seekor patin yang boleh tahan sizenya. Apa lagi… semua tukar popper kapan!!! Lepas Shahrim, Red Hot pulak yang naik dan seterusnya Jimoque, dan yang lain2 juga dapat merasa. Cuma satu masalah yang timbul ialah nak mengkapankan roti berperisa ke mata tiga popper. Nak beli kat café, dah tutup pulak. Nak tak nak habiskan je lah roti yang ada. Aku, Jimouqe, Madie dan Shahrim nampaknya tidak berpuas hati terus keluar dari Sukida dan menuju ke Pekan Semenyih untuk membeli Roti Gardenia (roti killer ni) yang lebih padat dan lazat.... rasanya lah.. sempat jugak pekena teh tarik secawan kat semenyih sebelum sesi lewat malam di mulakan..
Bubble pen dan patin
Midnite blues
Naga dan Redhot dah tido awal, tinggal kami berempat masih tegar menduga patin dengan popper. Malangnya patin tido awal pulak malam2 minggu macam ni. Tak macam awal malam tadi. Hanya Madie yang berjaya mengetes Daiwa Alphas R-Edition dan Joran ardito nya menarik patin yang sizenya lebih kurang sahaja dengan yang di naikkan sebelum ni. Pukul 3 pagi semua dah ngantuk, apa lagi… zzzzzzzzzz….
Ahad
Tak ada apa yang menarik pulak Cuma berkemas dan mengemas dan di kemas.. alamak… ada panggilan untuk ke laguna la pulak… aku sambung la bahagian penutup kemudian eh… calooo…..
hasil terakhir sebelum balik...
bro kat sana chalet brapa semalam??
ReplyDelete