Friday, April 24, 2009

Apa yang penting... Exposure

Untuk memahirkan diri tentang exposure atau dedahan, anda perlu mengenal 3 perkara utama dalam kamera iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO.

Dedahan adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau bukaan (aperture). Dedahan di kawal dengan mengawal bukaan bukaan (aperture), berapa lama ia di buka iaitu tempoh dedahan (kelajuan shutter), dan kawalan ISO.

Tempoh dedahan/Kelajuan Shutter
Kelajuan 'shutter' boleh dikatakan sebagai gabungan dedahan kerana membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak. Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan (aperture). Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah kesamaran.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar pegun, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan sengaja di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Bukaan (Aperture)
Bukaan (aperture) adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. Bukaan yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.
Saiz bukaan (aperture) akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan latarbelakang akan menjadi sangat sama. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan saiz bukaan (aperture) f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landskap. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan bukaan (aperture) f11 untuk mengambil gambar portrait. Sebenarnya terdapat berbagai jenis penyebab seseorang jurugambar memilih untuk menggunakan sesuatu aperture dan pemilihan ini adalah berdasarkan pengalaman dan kemahuan kreativiti seseorang jurugambar tersebut.
Bukaan (aperture) juga dikenali sebagai f-number.

Bukaan (aperture) mengikut julat bukaan 1-stop

f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

gambar ini menggunakan lens aperture yang besar, f 2.8 . sesuai untuk keadaan low light.



Pemilihan bukaan (Aperture) untuk mengawal 'Depth of Field'
Selain dari mengawal kemasukan cahaya, faktor terpenting jurugambar memilih sesuatu aperture yang digunakan adalah untuk mengawal 'Depth of field'.

Pemilihan bukaan (aperture) mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan bukaan (aperture) mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optik mencadangkan bagi kebanyakkan lens, bukaan (aperture) yang optimum adalah 2 stop dari bukaan bukaan (aperture) terluas.
Sebagai contoh:
Untuk lens 50mm f1.8, bukaan (aperture) yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4.

Untuk lens 70-200 f2.8, bukaan (aperture) yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan bukaan (aperture).

ISO
ISO menentukan berapa sensitif sensor kamera kepada cahaya. ISO200 adalah 2 kali lebih sensitif dari ISO100. Kita memilih ISO berdasarkan berapa banyak cahaya yang ada disekeliling kita. Pemilihan ISO yang rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan bukaan (aperture) yang lebih besar atau kelajuan shutter yang lebih lama.
Sebagai contoh, sekiranya dalam suatu suasana, dedahanya adalah, ISO800, f4 dan 1/60. Apabila anda mengurangkan ISO kepada ISO400, anda juga perlu mengubah salah satu daripada aperture atau kelajuan shutter. Sekiranya anda menukar kelajuan shutter kepada 1/30, anda mungkin akan menghadapi risiko gambar blur.

Digital Noise
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada kualiti gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak digital noise dan mungkin kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (dof) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan bukaan (aperture).

Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan digital noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.

'Digital noise' terhasil kerana aktiviti rakaman didalam gambar. Sensor cip yang lebih kecil biasanya menghasilkan kepanasan yang tinggi terutamanya untuk gambar yang mempunyai kawasan gelap. Kepanasan ini akan menggangu sel yang menghasilkan pixel dan menghasil bintik-bintik yang dipanggil 'digital noise'. Semakin besar sensor biasanya mempunyai jarak yang lebih jauh antara sel dan ini mengurangkan gangguan digital noise. Kamera yang menggunakan sensor full frame yang besar seperti D3 dan Canon 1Ds kurang menghasilkan digital noise.
.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan dengan menggunakan photoshop plugin seperti 'noiseninja' atau 'nik dfine'.
.
TomX@Team PACAT

1 comment: