Thursday, June 18, 2009

menduga toman sepayang bersama stella dan rehot


Seperti yang dirancangkan, trip menduga toman akhirnya menjadi kenyataan setelah berhempas pulas meredah jem di bukut putus. Sesampai di Rompin kami terus menuju ke rumah tumpangan pakcik alias yang terletak di kg Sepayang untuk mengecas tenaga untuk bekerja pada keesokkan harinya.

Selepas bersarapan di kedai berdekatan, kami terus menuju ke pintu empangan dan bertemu rahim yang sememangnya tidur di rumah rakitnya pada malam tersebut.
tanpa membuang masa kami terus memunggah barang ke atas bot dan terus memulakan memancing di kawasan berdekatan.

Sambaran pertama pagi tersebut terhadap gunnish hasu115 berjaya di patahkan oleh toman apabila owner 3x size 2 berjaya di kangkangkan oleh toman. begitu juga dengan beberapa sambaran lain.
Akhirnya satu sambaran toman terhadap gunnish tadi berjaya juga menaikkan toman bujang pertama hari tersebut.


toman gunnish hasu 115





ikan ke dua berjaya di naikkan dengan rapala skitter pop9 chatreus red head







selepas itu banyak sambaran tetapi toman masih tidak berjaya di naikkan.. kena repeat lagi le jawab nya.... adehh

Thursday, June 11, 2009

MULA BOSAN DENGAN FOTOGRAFI??

Adakah keseronokan anda dalam fotografi sudah mulai berkurangan? Kalau dulu tiap-tiap hari pegang kamera, sekarang cuma pegang kamera sebulan sekali? Jangan risau, gejala ini memang biasa berlaku kepada peminat fotografi. Berikut ini saya berikan beberapa panduan agar anda sentiasa bersemangat untuk mengambil gambar:

Cari minat anda yang sebenar dalam fotografi. Adakah anda beli kamera kerana sukakan teknologi atau kerana berpeluang untuk mengembara? Adakah anda beli kamera kerana suka merakam gambar anak-anak anda atau kerana ingin kelihatan glamour? Atau, adakah kerana anda suka bila gambar anda dipuji? Adakah anda membeli kamera untuk menjana pendapatan darinya? Fikirkan semula, kenapa anda menceburkan diri dalam fotografi? Tidak kira apa pun jawapannya, kekalkan halatuju anda seperti niat asal yang boleh memberikan kepuasan kepada diri anda. Tanpa minat, fotografi anda tidak akan kemana. Tanpa kepuasan, hobi anda tidak akan bermakna.

Friday, May 29, 2009

sepayang again?? 14 jun 2009

tarikh trip : 14 jun 2009
tarikh bertolak : 13 jun ptg , tidur di rompin
tarikh balik : 14 jun malam
tempat : Empangan pontian rompin

setakat ni aku dgn naga je yg dah kompom... so ada satu lagi kekosongan... cepat cepat....

Monday, May 25, 2009

sepayang 23 may 2009

Oleh kerana lewat tiba di Rompin, kami gagal untuk mendapatkan hotel di sekitar Rompin. Nasib baik Rahim (tekong) yang selalunya tidur di rumah rakit bila ada customer memancing keesokkanharinya menjemput kami tido bersama. Rumah rakit beliau yang tidak berapa jauh dari jeti nampaknya agak selesa untuk kami melelapkan mata seketika sementara menunggu pagi.
Awal pagi rahim keluar ke Kedai berdekatan untuk membeli breakfast dan makanan kami untuk memancing nanti sementara kami bersiap sedia untuk bertarung dengan toman-toman di sana.

Lokasi pertama memancing tidak lah jauh dari jeti. 5 minit sahaja perjalanannya. casting membabi buta (blind cast) di tepian mengkuang nampaknya membuahkan hasil bila jimouque awal-awal lagi telah mendaratkan seekor toman remaja aka rempit dengan jayanya.

toman pertama penyeri pagi


Selepas itu semasa terlihat toman timbul balingan skitter pop saya yang berwarna chatreus makerel tanpa cabel telah berjaya diputuskan oleh toman. Nampaknya kami perlu menukar strategi kepada memakai cabel keselamatan untuk mengurangkan risiko lure dari terputus lagi.

setelah tiada sambutan di kawasan tersebut kami mula pergi ke tempat lain yang dikuatiri diduduki monster2 sepayang.
Semasa ada riak di suatu kawasan lapang saya dan madi telah membaling dua biji fat rap, fire tiger dan chatreus. Sekali gus dua gewang di sambar ikan tapi malangnya fatrap milik madi putus akibat di gigir toman dan satu lagi sambaran rupanya dari sang sebarau... yahooo...

Sebarau Adaberan...


cnr... wajib!!


percubaan demi percubaan di lakukan lagi kali ini bubble pop 88 milik madi di sambar toman jahat dan membawa lari ke kayu. akhirnya... tak sempurna

alphas tak leh break


Selepas itu banyak lagi peristiwa rabut, yang sukar di ceritakan telah berlaku. bukan sebab apa.. byk sangat sampai lupa berapa kali rabut. gunnish sahaja di terkam tiga ekor toman di lokasi berbeza dan akhirnya putus sekali pada kabel 30lb.
jimoque juga putus dua ketul lure di mamah toman walaupun diletakkan cabel 50lb.

sebelum makan tengahari barulah seekor toman perut buncit membedal strike pro setelah banyak kali rabut di tengah jalan



waktu ptg kami hanya dapat memancing sekejap sahaja kerana hujan serta ribut petir telah melanda. kami cuma menghabbiskan masa petang dengan melanggar tunggul kayu dan terus balik ke jeti apabila hari mulai gelap.. sekian...



kita tunggu jimoque komen mengenai sepayang...

Monday, May 18, 2009

Trip Repeat Sepayang

Date : 23 may 2009
Lokasi : Empangan Pontian Sepayang, Rompin
Ahli : Jimouque , madi dan TomX
TargeT : Badong dan Toman Monster

Selepas trip yang agak mengujakan semasa trip recce pada rabu 6 may 2009, satu lagi trip mengejut telah di buat pada tarikh di atas. Toman sepayang nampaknya lebih sukar dinaikan dari toman air ganda. Nak tau sebab apa. kita tunggu laporan trip ini nanti. Diharap metanium MG dc dapat bertemu ruas.

Xplorasi Sg Terenggan 27-30 Jun 2009

TeamPACAT fw akan mengaturkan trip xplorasi Sg. Terenggan, Kenyir pada 27-30 Jun 2009. Ini merupakan trip treaking n camping dalam Sg. Terenggan untuk 2 malam dan 1 malam atas boathouse. Target untuk casting sebarau dan kelah....

Anggaran kos adalah RM250 seorang bergantung kepada jumlah ahli. Maksimum ahli 16 org je.

Senarai ahli yang dah confirm:-

1. Jimoque
2. Rehot
3. TomX
4. Naga
5. Aidk Ipar Naga 1
6. Adik Ipar Naga 2
7. Ken
8. Adique
9. Helmi
10. Wafi
11. Hj. Sahari
12. Kwn Hj. Sahari.

Senarai tambahan( duk kat atas boathouse je...)
1. Niza
2. Anuar
3. Haqe
4. Bini Haqe

Harap tiada pertukaran di saat-saat akhir... Mohon kerjasama semua.

Majlis Pertunangan FAIRUZAH, Seremban