Showing posts with label Saltwater Fishing. Show all posts
Showing posts with label Saltwater Fishing. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Api Boreng..... Ada Berani!!!!

Semasa trip mencandat sotong tempoh hari penulis sempat bersembang dengan Tekong Pok Noh dari Penarik…. Berkenaan trip pancing ke Api Boreng (panggilan tempatan bagi Pelantar Minyak). Beliau mengatakan memang setiap tahun beliau ada membawa kumpulan pemancing untuk memancing di Api Boreng. Penulis ada menyatakan hasrat kepada Pok Noh untuk memancing di sana dan beliau mengatakan kalau berhajat hendak memancing di sana kena buat perancangan awal selain memastikan peralatan yang lebih sesuai.... Penulis dan Bro Ken sememangnya berhajat untuk menjelajah ke Api Boreng ni. Dan kami sepakat untuk memancing di Api Boreng ni pada satu tarikh yang belum ditetapkan pada tahun hadapan (2010). Kepada ahli mahupun bukan ahli Team PACAT harap dapat memberikan sedikit pandangan dan maklumbalas.
.

.

.
*gambar dari Album Worldisround dari Cikgu Zahari
.
Stella @ Team PACAT

Friday, April 24, 2009

Light Jigging

1) Kekili
Bagi 'Light Jigging' ni tak perlu besar memadai dengan sebarang kekili size 3500 - 4500 (ikut size daiwa dan shimano), kalau shimano tu apa model pun boleh Alivio, ArenosXT, Navi, Seinna dan Slade merupakan antara siri kekili shimano yang murah selain ekonomi iaitu dalam RM200 ke bawah... Oleh itu ikut kemampuan dan kuasa beli seseorang. Selain Shimano, kekili-kekili lain seperti Ryobi Applause, Zauber Daiwa Certate dan Caldia Kix juga amat kuat untuk melawan ikan-ikan sekitar kedalaman 10-20meter

2) Nisbah Karauan (Gear Ratio)
Untuk kaedah mengunjun jigging sama ada light mahupun medium, ratio sesuatu kekili amatlah dititikberatkan. Umumnya jigging memerlukan kelajuan yang tinggi justeru itu adalah penting bagi seorang jigger untuk mengayakan jignya dengan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian mangsa. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika sesuatu kekili itu mempunyai nisbah karauan (gear ratio) yang tinggi seperti 1:5, 1:6.2 atau 1:8. Nisbah karauan amat penting kerana ia mampu mempengaruhi 'keberkesanan dan kejayaan' seorang jigger dalam menipu si mangsa. Walaubagaimana pun ada ketikanya kita perlu memperlahankan jig dan mengayakan jig dalam keadaan pegun mahupun membiarkan jig jatuh semula ke dasar. Ini bergantung kepada keadaan air atau arus, tempat memancing, kaedah jigging, ikan sasaran dan yang paling penting sekali kita kena tahu 'mood' ikan waktu itu

3) Kekuatan Tali Utama
Dalam jigging pemilihan tali juga amat penting kerana talilah yang banyak membantu mengayakan pergerakan jig. Pemilihan tali yang halus, kuat dan berdiameter kecil amatlah dititikberatkan, justeru itu tali braided adalah pilihan yang tepat dan betul berbanding tali mono. Ini kerana tali braided mempunyai semua sifat yang diperlukan untuk seorang jigger mengayakan jig dengan cara yang paling berkesan atau 'menghidupkan' jig seserupa yang boleh seperti ikan-ikan mangsa Untuk 'Light Jigging' memadailah dengan tali yang berkekuatan 30lb (PE3) ke bawah sahaja. Terdapat pelbagai jenama tali braided di pasaran sama ada yang khas dibuat untuk jigging atau pun untuk teknik casting. Belilah mengikut baget masing-masing. Kalau beli tali khas untuk jigging, ia mempunyai warna yang berbeze-beza setiap 10m sebagai panduan untuk jigger mengetahui panjang tali yang keluar dari spool.
.
4)Kekuatan Tali Perambut
Penggunaan tali perambut dalam jigging amat penting, ini kerana tali perambut bertindak sebagai 'shock absorber' apabila jig direntap rakus oleh mangsa terutama sekali jika kita sedang dalam kategori 'heavy jigging'. Semestinya tali perambut adalah dari tali mono kerana tali mono mempunyai keanjalan yang bersifat seperti getah untuk menyerap hentakan dari mangsa yang menyambar jig dengan rakus. Ini adalah penting untuk mengelakkan tali utama dari putus kerana tali utama tidak langsung mempunyai keanjalan seperti tali mono. Selain itu juga, tali perambut ini dikatakan bertindak sebagai penanda bagi jigger untuk jigger mengetahui jig yang di unjun semakin hampir ke permukaan air. Oleh kerana 'light jigging' dipraktikkan di perairan yang mempunyai kedalaman sekitar 15-30meter sahaja, oleh itu ikan sasarannya hanyalah sekitar 5-10kg ke bawah... Ini membuatkan ada diantara jigger tidak menggunakan tali perambut, jig terus diikat pada tali utama kerana ikan sasaran tidak lah serakus ikan-ikan 'heavy jigging' seperti Aji-aji, GT mahupun Tuna. Tetapi daripada pembacaan adalah lebih baik jika jigger meletakkan tali perambut sebagai 'insuran' bagi mengelakkan tali utama putus direntap ikan-ikan besar. Ini adalah kerana dalam kita mempraktikkan 'light jigging' tidak dinafikan kadang kala di tempat seperti di karang-karang cetek terdapat juga 'mangsa-mangsa' yang besar, rakus dan ganas. Kekuatan tali perambut bergantung kepada kekuatan tali utama dan ikan sasaran. Kebiasaannya tali perambut tidak melebihi 40lb.

Thursday, April 23, 2009

Team PACAT - SALTWATER

Satu komuniti pancing yang gemarkan pancingan air laut. Buat permulaan Team Pacat akan mulakan dengan trip ke Pekan, Pahang. Mengaplikasikan kaedah 'Light Jigging'. Ikan yang menjadi sasaran adalah seperti Ebek, Tenggiri, Gerong Belang dan ikan-ikan pelagik yang lain. Diharap semua rakan-rakan trip akan membawa pulang cerita yang mengembirakan.