Team Pacat Custom Rod

Sejak ditubuhkan pada 2006. Team Pacat telah mengalami perkembangan yang positif dalam sukan memancing. Terkini, joran tempaan khas yang di buat oleh Bro Rehot. Model pertama yang diberi nama 'Blood Sucker' telah menjadi koleksi tetap pada kebanyakkan ahli Team Pacat. Joran tempaan khas yang di buat oleh Bro Rehot ini menggunakan blank terpilih dengan harga yang sungguh berpatutan. Joran ini telah diuji beberapa kali oleh pemancing dan wartawan di beberapa padang pancing terkenal. Dan sehingga kini kekuatan joran tersebut terbukti  apabila sepanjang sesi ujian tiada satu pun joran yang berjaya dipatahkan oleh sang ikan walaupun drag kekili telah dikunci habis dan joran telah melengkung pada tahap maksimum.

Sekalung Tahniah buat Saudara Rehot kerana hasil kerja yang bermutu dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam percubaan membuat joran. Tidak lupa juga ini merupakan satu kejayaan buat semua Team Pacat atas sokongan dan galakan dalam pembuatan joran 'Blood Sucker' ini.

5 comments:

  1. gambar takde gambar... nanti battle of the caster bole la ambik gambar semua rod blood sucker...

    ReplyDelete
  2. sesiap yang berminat boleh hubungi saya... saya agen berlesen yang meguruskan segala tempahan joran Blood Sucker.

    ReplyDelete
  3. Don't worry saya akan 'attach' gambarnya nanti....

    ReplyDelete
  4. saya x sabar2 menanti kehadiran joran pertama saya hasil karya en. rehot..

    ReplyDelete
  5. salam...

    mana gambar ?? ...bolih bg spec. skit..
    apa material yg di guna pakai..

    ReplyDelete